Rabu, 12 Julai 2017

Kanser Payudara

Kanser payudara menyumbang peratus yang tinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.

Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala amat penting kerana rawatan di peringkat awal mampu menyelamatkan nyawa pesakit namun ramai pesakit yang hanya bertemu doktor apabila kanser tersebut sudah teruk kerana sikap sambil lewa dan kurang prihatin dengan perubahan pada bahagian payudara.

Bagi pengidap kanser payudara tahap awal, peluang untuk pulih amat tinggi. Jika lambat dan telah merebak hingga tahap empat, ia mungkin masih boleh dikawal untuk tempoh beberapa tahun tetapi tidak boleh dipulihkan.



Punca

Kanser Payudara berlaku berikutan perubahan sel kepada sel kanser pada bahagian kelenjar payudara yang menghasilkkan susu atau bahagian tiub iaitu yang mengalirkan susu ke puting.

Sebanyak 95 peratus kanser berlaku pada bahagian tiub yang dipanggil invasive ductal carcinoma dan 5 peratus pada bahagian kelanjar yang digelar invasive lobular carcinoma.

Punca utama masih belum diketahui secara tepat cuma beberapa factor menambahkan risko kanser payudara dilihat ada kaitan dengan hormone wanita.

Berikut merupakan antara factor meningkat risko berlakunya kanser payudara:

1.    Haid yang dating pada usia muda (sebelum 12 tahun)
2.   Lewat putus haid (58 tahun keatas)
3.   Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada usia 30 tahun ke atas.
4.   Sejarah keluarga, mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payudara seperti ibu atau adik-beradik perempuan.
5.   Mengamalkan pemakanan tinggi lemak.
6.   Menghidapi ‘atypical hyperplasia’.

Simptom:

·         Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara dirasakan berbeza dengan bahagian lain.
·         Cecair seperti darah keluar daripada putting payudara.
·         Perubahan saiz atau bentuk payudara.
·         Perubahan pada kulit sekeliling payuara seperti lekuk.
·         Putting payudara masuk kedalam.
·         Kulit atau bahagian puting menglupas atau bersisik.
·         Kulit payudara kemerah-merahan atau berlekuk-lekuk seperti kulit buah oren.

Berikut ada kisah Puan Betriyanti bagaimana pemulihan kanser payudara melalui rawatan alternative setelah berjumpa doktor masih tiada perubahan, teruskan menonton video dibawah,



Anda disyorkan makan buah-buahan anti-kanser.


Ahad, 2 Julai 2017

Hindarkan Diri Anda Dimasukkan Ke Hospital

“Jagalah kesihatan diri anda, cegah penyakit sebelum terlambat”



Katakan TIDAK !!! Lain-lain Supplement, Ubat-Ubatan, Suntikan dan Pembedahan.
  
Anda perlu memperbanyakan bersenam dan beriadah dan yang paling penting adalah mengambil ‘makanan seimbang’. Untuk kekal sihat anda harus mengambil 5 jenis sayur dan 5 jenis buah-buahan setiap hari. Makanya anda terpaksa bebelanja besar demi untuk memenuhi keperluan tersebut. Kemudian, sudah tentu ada diantara sayur atau buah-buahan tersebut harus dimasak terlebih dahulu. Tanpa anda sedari ketika sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dimasak, sebahagian dari kandungan (khasiat) zat dan vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh anda telah pun musnah.


Oleh itu, supaya vitamin dan zat (nutrient) tersebut tidak hilang, anda harus makan ketika ianya masih lagi segar (mentah). Adahkan anda sanggup untuk memakannya setiap hari? Mungkin anda kata lebih mudah ambil ‘supplement’ yang banyak dijual di farmasi-farmasi. Tetapi, sanggupkah anda ambil dengan jumlah yang banyak setiap hari dan harganya juga amat mahal?

Pakar-pakar sains kami telah mencipta satu formula yang cukup mudah,  seterusnya tonton video ini.