Tiap seseorang di muka
bumi ini yang tidak pernah ditimpa penyakit ringan atau berat meskipun
berlainan sebab musababnya dan tempuh sembuh penyakit juga bergantung dengan
izin Allah SWT.
Islam mengajar bahawa
segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah berfungsi
sebagai bahan rawatan sebagai ikhtiar kearah meringankan beban derita pesakit.
Pendek kata, bukan sebagai penyembuh. Umat Islam diyakinkan bahawa yang
menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata. Apa juga rawatantidak akan memberi
kesan melainkan dengan izin Allah SWT.
Sebenarnya sakit
mengandungi keindahan walaupun ia merasa sakit dan menyusahkan. Agama Islam itu
merangkumi beberapa perkara dan diantaranya adalah sesuatu kegembiraan bagi
orang yang beriman dan khabar gembira bagi mereka dengan pahala dan keutamaan
amalan-amalan mereka serta Allah memulikan mereka diatas semua itu.
Aisyah r.a berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud –
Tiada
suatu apapun yang menimpa seseorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah
menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapuskan kesalahan. (HR. Bukhari)
Dari itu kita perlu
juga berakhtiar mencari rawatan alternatif seperti rawatan cara Islam
menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau herba.
Hadis
”Tidaklah
Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan ubatnya”. – Sahih Bukari No. 5354
“Setiap
penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu sesuai dengan penyakit, maka ia akan
sembuh dengan izin Allah”.
– Sahih Muslim no. 2204
“Sesungguhnya
Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya
kecuali satu penyakit”. Para Sahabat bertanya “Penyakit apakah itu wahai
Rasulullah?” Nabi menjawab “Ketuaan (mati)”.
Rawatan Terapi J23H
Planet bumi
membekalkan kesemuanya yang diperlukan oleh tubuh badan manusia ciptaan oleh
Allah SWT untuk kehidupan yang sihat dan bertenaga. Setiap ciptaannya dimuka
bumi ini ada kegunaan untuk manusia. Ramuan botani J23H yang diyakini dan telah
diuji oleh masa memberi anda fitonutrien (nutrien berasaskan tumbuhan) dan
antioksidan yang tidak wujud dalam diet anda, dan membekalkan tubuh badan anda
dengan keseimbangan yang diperlukannya untuk mencapai kesihatan dan
kesejahteraan. Sebagai makanan tambahan semula jadi, formula tepat 23 jenis
ekstrak botani J23H bekerja lebih baik bersama-sama untuk membantu
mengimbangkan dan memperkuatkan lapan sistem biologi dalam tubuh badan anda,
menyebabkan anda berasa lebih sihat, lebih gembira, dan lebih bertenaga!
Hanya kepada Allah SWT
kita berserah diri agar segala yang kita usahakan mendapat rahmat dan keredaannya,
insya-Allah.