Isnin, 16 Oktober 2017

Sakit

Tiap seseorang di muka bumi ini yang tidak pernah ditimpa penyakit ringan atau berat meskipun berlainan sebab musababnya dan tempuh sembuh penyakit juga bergantung dengan izin Allah SWT. 



Islam mengajar bahawa segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah berfungsi sebagai bahan rawatan sebagai ikhtiar kearah meringankan beban derita pesakit. Pendek kata, bukan sebagai penyembuh. Umat Islam diyakinkan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata. Apa juga rawatantidak akan memberi kesan melainkan dengan izin Allah SWT.

Sebenarnya sakit mengandungi keindahan walaupun ia merasa sakit dan menyusahkan. Agama Islam itu merangkumi beberapa perkara dan diantaranya adalah sesuatu kegembiraan bagi orang yang beriman dan khabar gembira bagi mereka dengan pahala dan keutamaan amalan-amalan mereka serta Allah memulikan mereka diatas semua itu.

Aisyah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud –
Tiada suatu apapun yang menimpa seseorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapuskan kesalahan. (HR. Bukhari)

Dari itu kita perlu juga berakhtiar mencari rawatan alternatif seperti rawatan cara Islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau herba.

Hadis

”Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan ubatnya”. – Sahih Bukari No. 5354

“Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah”. – Sahih Muslim no. 2204

“Sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya kecuali satu penyakit”. Para Sahabat bertanya “Penyakit apakah itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab “Ketuaan (mati)”.

Rawatan Terapi J23H

Planet bumi membekalkan kesemuanya yang diperlukan oleh tubuh badan manusia ciptaan oleh Allah SWT untuk kehidupan yang sihat dan bertenaga. Setiap ciptaannya dimuka bumi ini ada kegunaan untuk manusia. Ramuan botani J23H yang diyakini dan telah diuji oleh masa memberi anda fitonutrien (nutrien berasaskan tumbuhan) dan antioksidan yang tidak wujud dalam diet anda, dan membekalkan tubuh badan anda dengan keseimbangan yang diperlukannya untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai makanan tambahan semula jadi, formula tepat 23 jenis ekstrak botani J23H bekerja lebih baik bersama-sama untuk membantu mengimbangkan dan memperkuatkan lapan sistem biologi dalam tubuh badan anda, menyebabkan anda berasa lebih sihat, lebih gembira, dan lebih bertenaga!

Hanya kepada Allah SWT kita berserah diri agar segala yang kita usahakan mendapat rahmat dan keredaannya, insya-Allah.