Anda Bakal
Diserang Penyakit Angin Akhmar/Stoke
1. Memantau
Bacaan Tekanan Darah - Kita mesti sentiasa tahu keadaan tekanan darah. Bacaan
normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang
cepat-cepat berjumpa pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut.
2. Tahap
Kolestrol Perlu Seimbang - Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia
berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk
berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah
tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan
melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.
3. Buang
Tabiat Merokok - Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung
tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja,
kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri
untuk tersumbat.
4.
Kurangkan Ambil Garam - Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh
merendah bacaan tekanan darah kita.
5. Kawal
Bacaan Diabetes - Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi
dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.
6. Jangan
ambil minuman Alkohol - Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke. Jauhi
diri anda daripada minum alkohol.
7. Selalu Bersenam
- Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun
melakukan senaman seperti berjalan kaki. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan
berpeluh dan menyihatkan.
Kebanyakan
penyakit yang kritikal ataupun serius dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya
hidup kita sendiri. Banyak perkara yang kita boleh elakkan ataupun cegah jika
kita mengamalkan cara hidup yang sihat.
Sehubungan
itu sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan angin akhmar yang kini
menjadi pembunuh nombor empat di Malaysia.
Antara
tanda-tanda:
* Apabila
merasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah
bahagian badan.
* Penglihatan
menjadi kabur.
* Kesukaran
untuk bertutur dan perkataaan yang disebut kurang jelas.
* Menghadapi
kecelaruan mental atau sawan epilepsy, semut-semut di bahagian dagu,
clumsiness, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala
yang teruk segeralah mendapatkan rawatan.
Kisah
seorang pesara tentera dan tanda-tanda awal diserang penyakit angin akhmar.
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Klang dan makan ubat-ubatan yang diberi
oleh doktor. Setelah banyak kali berulang alik ke Hospital dengan tidak apa-apa
menunjukkan perubahan. Beliau telah mengamalkan Terapi J23H, selepas 3 hari
mengamalkan J23H telah menunjukkan perubahan, teruskan menuntun di youtube.